Mathematic Quizzes

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15 September 2018, Kelas Mathematic Quizzes diadakan di Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Seramai 10 orang peserta yang menghadiri kelas tersebut.

Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam membuat pengiraan. Tanpa menggunakan kalkulator, para peserta juga belajar untuk mengira dengan betul dan pantas. Sebanyak 35 soalan yang perlu dijawab oleh peserta.

Sebelum menjawab soalan, para peserta boleh memilih karakter yang boleh digunakan untuk membuatkan kuiz mereka lebih menarik. Pemilihan portal yang menarik juga dapat membantu menaikkan lagi semangat para peserta untuk menjawab soalan-soalan kuiz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali